Dah lama tak update blog...rindu pada blog ngan kengkawan menyesakkan fikiran. Tapi...aku memang tak ada masa nak update. Sibuk dgn tugasan pejabat yang semakin menyesakkan mental. Dah tu plak dgn keadaan berbadan dua ini...buat aku sentiasa keletihan. Last aku keluar bersama anak2 adalah semasa Perkampungan Hadhari di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 16 - 18 Mac 2007 tempohari. Itupun sebab hubby terlibat dgn pameran. Kalu tidak...lepak je la kat rumah melayan keletihan. Aku berada di situ dari pukul 5.30 ptg sampai pukul 10.00 mlm. Itupun terpaksa menunggu hubby mengemas brg2 pameran. Tapi...tak apa. Janji anak2 hepi.
Sebenarnya...byk benda yg aku nak cerita dan berkongsi dgn kawan2 dlm blog aku ini. Tapi...kesibukkan aku membataskan semua itu. Sudahnya...cerita2 itu...basi dlm simpanan aku saja. Entahlah...maybe betul kata 'papa'...kita sekarang hidup utk makan. Sama la juga dgn kerja. Sekarang...dah jadi trend...hidup utk kerja...boleh terima tak papa?
Friday, March 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment