Sunday, November 19, 2006

Tersilap hantar sms.......

Last week merupakan hari yang paling sibuk buat ku di tempat kerja. Mana tak sibuk...aku bercuti seminggu kerana mak mertua aku meninggal dunia. So...aku dan hubby ambil keputusan bercuti panjang untuk menemankan bapa mertuaku.

Sebenarnya that week, hubby aku kena pergi kursus teknikal selama 2 hari di Kuala Kubu, Selangor tapi ditunda atas alasan kematian. So...hubby mula start berkursus pada 14hb Nov hingga 16hb Nov. So...hari Selasa dia bertolak ke sana. Memandangkan ekonomi tak mengizinkan saat ini....so sms je la.

Hari Khamis (16hb Nov)...aku agak bz ngan keje. Tapi, pagi tu aku agak ceria. Ceria kerana dapat bersembang ngan sorang kawan yang dah lama tak dengar suara walau pun sekejap. Lepas tu...dia cakap nak tidur....Dia janji nak call sebelah petangnya.

Sebelah petangnya...aku teringat nak hantar sms kat hubby nak bertanyakan pukul berapa dia nak bertolak pulang ke Penang. Setelah beberapa ketika berbalas sms, tiba-tiba aku teringat nak tanya kat hubby nak pastikan dia kena keje tak malam tu sebab malam tu dia keje shift malam. At the same time...teringat juga kat kawan tu yang janji nak call back tapi tak call juga.

Sms tu..." keje tak malam ni... '. Hampir 15 min aku dok menunggu. Dalam hati kenapa hubby aku tak balas-balas sms aku. Dalam dok terfikir nak call dia...tiba-tiba satu sms masuk. " keje...".
Aku pun ok la. Then...tiba-tiba teringat nak tengok 'sender'. So...apa lagi gelak sakan la aku. Aku balas balik sms tu untuk menjelaskannya.

PJ....bukannya berangan. Tapi....sekurang2nya Dea hargai persahabatan kita.

Sampai sekarang...bila aku tengok je phone aku...mesti aku tersenyum teringatkan kenapa aku boleh tersalah hantar sms tu. Tak pernah aku buat kesilapan ini sebelum ini. Nampak sangat kepala tengah berserabut. Nasib baik aku tak tulis apa2 yang pelik. Ishhh...malunya aku.

1 comment:

Anonymous said...

weiiii...dea..aku selalu arr jdi lagu tu....sure gelak sakan noe....tp ..ehemmm..ehemmm..ape kabo dak PJ tu..sihat ker?

p/s mcm ade samting wrong le bile klik comment tadi...salah coding kot