Pada 05 Nov 2006 bersamaan hari Ahad....mak mentua ku telah pulang ke rahmatullah lebih kurang pukul 5.15 pagi. Sejak hari Sabtu...dia mengadu sakit dada dan rasa sesak nafas. Kekadang dia rasa amat letih dan tidak berdaya untuk bangun. Dia juga rasa spt tak berselera untuk makan.
Kebetulan aku memang ada di kampung atas satu urusan. Pada hari Sabtu...dia ada menyebut hendak makan masak lemak pucuk ubi. So.....aku pun menyuruh suamiku untuk pergi mencarinya. Tetapi...aku pun terasa pelik juga kerana masakan ku pada hari tu tidak berapa menjadi. Santan yang ku perah amat cair. Tapi....kuteruskan juga memasaknya dan arwah sempat juga menjamahnya walau pun masakan ku tak menjadi.
Malamnya....keletihannya makin teruk dan mula terasa nak muntah. Bapa mentua ku mengurut dada dan belakangnya dgn minyak. Dan arwah terus masuk tidur. Dan di subuh Ahad tu....bapa mentua ku menjerit memanggil nama aku dan suami ku kerana arwah dah terjatuh di tepi bilik air slps mengambil air sembahyang. Aku, suami ku dan bapa mentuaku mengangkat arwah masuk ke bilik dan masa tu arwah dah betul-betul nazak. Aku lantas menelefon kakak dan abang iparku dan di masa itu aku terdengar suami ku meraung memanggil nama "mak" dan bapa mentua ku turut teresak-esak.....Aku pun berlari masuk ke dalam bilik sambil menangis.
Kini....kami memikirkan perihal bapa mentuaku yg akan tinggal berseorangan di rumah itu...Dan aku pun dah berbincang dgn suamiku dan yg lain2...mungkin kami yg akan berpindah ke rumah itu.....Insyaallah.
Ya Allah Ya Tuhanku....semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Begitu juga dgn arwah bapaku yg telah meninggalkan kami pada tahun 2002. Al-fatihah.
Thursday, November 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment