Tuesday, November 28, 2006

Boring nyerrrrrrrrr........

Nape aku boring sangat malam ni????????

Boringgggggggggggggggggggggg...............

Tensionnyer.....

Hmmmm.....x tahu nak tulis apa....Lama x update blog pun...rasa sunyi gak....
Yang nyata...aku memang tengah tension giler skang nih.....Macam-macam problem dlm kepala nih...Tak tahu nak solve yg mana satu...
Yang paling tension....keje aku ler....berlambak-lambak kat atas meja tu....macam aku sorang jer yang keje kat situ.....
Yang lebih buat aku tension ialah bos aku.....Rasa nak tendang je dia keluar dari company tu.......
Makin tua....makin teruk perilaku dia....ntah terkenan dgn apa pun aku tak tahu.....
Ingat dah ada pengalaman yang banyak....makin boleh solve problem anak buah dia....nie tidak....makin nak hemtam anak buah ada ler....APA PUNYA BOS DA!!!!!!
Bila ada problem jer....terus ajak discuss. Tapi....bila kita discuss ngan dia....x nak dengar cakap kita plak tu....cakap dia gak yg betul.......discuss hape cam tuh? Bila x leh solve....suruh kita bagi idea.....tapi....haram nak ikut....dia gak yang betul....
Yang paling aku geram tu.....bila dept. lain puji apa-apa....dia leh cakap yang idea tu datang dari dia......kering jer muka dia. Tak tahu malu langsung!
Entah la.....rasa cam nak berhenti keje jer......bukan sebab tension kerana kerja yang berlambak tu tapi kerana perangai bos aku.....Anak2 buah pun ramai yang nak blah dari company lepas dapat bonus nanti.....Pening gak kepala aku nanti.....nak kena training plak org baru nanti.
Aku pun doakan...agar bos aku tu berhenti je dari company tu....sbb dah byk kali aku dengar dia nak berhenti. Kalau dia berhenti....aku rasa ramai yang berpuas hati.....entah2 ada yang buat kenduri kot nanti....sbb ramai yang tak sukakan dia.....
Duhai bos......aku bukan benci ko....tapi aku dah tak larat nak layan kerenah ko tu....baik berhenti je la....sebelum sakit jantung tu lebih melarat nanti.
TENSION NYERRRRRRRRRRRRR.............................

Sunday, November 19, 2006

Tersilap hantar sms.......

Last week merupakan hari yang paling sibuk buat ku di tempat kerja. Mana tak sibuk...aku bercuti seminggu kerana mak mertua aku meninggal dunia. So...aku dan hubby ambil keputusan bercuti panjang untuk menemankan bapa mertuaku.

Sebenarnya that week, hubby aku kena pergi kursus teknikal selama 2 hari di Kuala Kubu, Selangor tapi ditunda atas alasan kematian. So...hubby mula start berkursus pada 14hb Nov hingga 16hb Nov. So...hari Selasa dia bertolak ke sana. Memandangkan ekonomi tak mengizinkan saat ini....so sms je la.

Hari Khamis (16hb Nov)...aku agak bz ngan keje. Tapi, pagi tu aku agak ceria. Ceria kerana dapat bersembang ngan sorang kawan yang dah lama tak dengar suara walau pun sekejap. Lepas tu...dia cakap nak tidur....Dia janji nak call sebelah petangnya.

Sebelah petangnya...aku teringat nak hantar sms kat hubby nak bertanyakan pukul berapa dia nak bertolak pulang ke Penang. Setelah beberapa ketika berbalas sms, tiba-tiba aku teringat nak tanya kat hubby nak pastikan dia kena keje tak malam tu sebab malam tu dia keje shift malam. At the same time...teringat juga kat kawan tu yang janji nak call back tapi tak call juga.

Sms tu..." keje tak malam ni... '. Hampir 15 min aku dok menunggu. Dalam hati kenapa hubby aku tak balas-balas sms aku. Dalam dok terfikir nak call dia...tiba-tiba satu sms masuk. " keje...".
Aku pun ok la. Then...tiba-tiba teringat nak tengok 'sender'. So...apa lagi gelak sakan la aku. Aku balas balik sms tu untuk menjelaskannya.

PJ....bukannya berangan. Tapi....sekurang2nya Dea hargai persahabatan kita.

Sampai sekarang...bila aku tengok je phone aku...mesti aku tersenyum teringatkan kenapa aku boleh tersalah hantar sms tu. Tak pernah aku buat kesilapan ini sebelum ini. Nampak sangat kepala tengah berserabut. Nasib baik aku tak tulis apa2 yang pelik. Ishhh...malunya aku.

Saturday, November 18, 2006

Dari sesuatu untuk sesuatu....hargainya....

( kata-kata pinjaman dari seorang sahabat - Akiff...terima kasih...)

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya...
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya...
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya...
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya...
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

~MITOSASTRAS~

gelita kerana cinta
berderang kerana kasih

Thursday, November 09, 2006

Mak mertuaku...

Pada 05 Nov 2006 bersamaan hari Ahad....mak mentua ku telah pulang ke rahmatullah lebih kurang pukul 5.15 pagi. Sejak hari Sabtu...dia mengadu sakit dada dan rasa sesak nafas. Kekadang dia rasa amat letih dan tidak berdaya untuk bangun. Dia juga rasa spt tak berselera untuk makan.

Kebetulan aku memang ada di kampung atas satu urusan. Pada hari Sabtu...dia ada menyebut hendak makan masak lemak pucuk ubi. So.....aku pun menyuruh suamiku untuk pergi mencarinya. Tetapi...aku pun terasa pelik juga kerana masakan ku pada hari tu tidak berapa menjadi. Santan yang ku perah amat cair. Tapi....kuteruskan juga memasaknya dan arwah sempat juga menjamahnya walau pun masakan ku tak menjadi.

Malamnya....keletihannya makin teruk dan mula terasa nak muntah. Bapa mentua ku mengurut dada dan belakangnya dgn minyak. Dan arwah terus masuk tidur. Dan di subuh Ahad tu....bapa mentua ku menjerit memanggil nama aku dan suami ku kerana arwah dah terjatuh di tepi bilik air slps mengambil air sembahyang. Aku, suami ku dan bapa mentuaku mengangkat arwah masuk ke bilik dan masa tu arwah dah betul-betul nazak. Aku lantas menelefon kakak dan abang iparku dan di masa itu aku terdengar suami ku meraung memanggil nama "mak" dan bapa mentua ku turut teresak-esak.....Aku pun berlari masuk ke dalam bilik sambil menangis.

Kini....kami memikirkan perihal bapa mentuaku yg akan tinggal berseorangan di rumah itu...Dan aku pun dah berbincang dgn suamiku dan yg lain2...mungkin kami yg akan berpindah ke rumah itu.....Insyaallah.

Ya Allah Ya Tuhanku....semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Begitu juga dgn arwah bapaku yg telah meninggalkan kami pada tahun 2002. Al-fatihah.

Saturday, November 04, 2006

Aidilfitri 2006

Dah lama rasanya tak update apa-apa kat sini. Asyik bz je memanjang. Kawan-kawan pun dok tanya..."takde apa2 entry ke?"...

Emmm....nak tulis apa ek? Memandangkan suasana raya masih terasa....nak citer psl raya la...

Aidilfitri 2006...hmm...tak spt yg lepas2...tak seronok.....rasa sepi dan tak ceria langsung.
Macam-macam berlaku kat kampung. Dah tu plak kena beraya sorang-sorang. Hubby kena kerja. Nak wat camna...dah keje dia berkhidmat utk negara...bangga ke....hehehe..kekadang je..

Raya keempat bersamaan dgn hari Jumaat...Kujie singgah kat umah mentua aku....sembang-sembang sementara hubby dia g sembahyang jumaat. First time jumpa dia...emmm ramah cam kitaorg berbual kat tenet gak...best sembang ngan dia.....

Kujie....tahun depan kalu balik kampung time-time raya cam gini....jgn lupa singgah lagi.....Nanti Dea order bebanyak kek buah tu...kalu ada rezeki...Dea hadiahkan kat ko sebiji kek buah tu....... Mak mentua aku pun puji ko hari tu....ramah....

Kalu ada kesempatan...rasanya nak ulang balik suasana hari raya tahun ni agar jadi lebih meriah. Buat kengkawan...peah, shin, bear dan lain-lain...tima kasih la dgn ucapan hari raya korang di pagi syawal tu....ada yg sempat di balas. Yg tak sempat balas tu...minta maaf la...

Di Aidilfitri ini juga...teringat Dea kat sorang kawan yg mana Dea tak sempat nak minta maaf sblm tibanya hari yg mulia ini. Sorang kawan yg amat rapat ngan Dea sejak 2-3 bulan kebelakangan ini. Last Dea dengar dia masuk hospital. Dea rasa sedih sangat.

Kepada semua kengkawan...semoga kalian lebih berbahagia drpd Dea di Syawal kali ini.

Salam Aidilfitri 2006