Tuesday, August 29, 2006

A Close Friend.....

~ special dedicated to "bisya" ~

I have a close friend.....
I met on the net,
a friend I think of every day,
someone whose warmth.....
I could never forget.

My friend may live far away,
but is no less precious to me,
because we share each other's lives,
and encourage each other
to be all that we can be.

When counting my blessings this season,
I'll say a heartfelt prayer
for my "special friend" out there.

And I'll make a wish,
as I always do,
that the dear dreams in
my friend's heart
will someday come true.

Thank you for being a friend,
someone who gives me something
to look forward to each day,
someone whom I can always depend.

Saturday, August 26, 2006

Wajah & hati yang cantik.....

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik :-
* cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress :-
* perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda :-
*gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.
Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah! sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). - DOA TENGOK CERMIN.

Untuk punya bibir cantik :-
*bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing dan mulus :-
*diet yang teratur dgn berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri :-
*sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Friday, August 25, 2006

Let's have a rest

Check Out Blinkyou.com to make your own personal notes + much more!

Sunday, August 20, 2006

20 August 2006.....

Ahad.....hari yang sepatutnya aku berehat dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah..... Tapi aku terpaksa menghadiri satu kursu yang dianjurkan oleh customer aku iaitu SONY di PSDC Penang. Masa bos aku beritahu aku pada hari Khamis ari tu.....hati aku tiba-tiba membengkak....Mana taknya.....baru habis satu kursus...tambah plak satu kursus lagi. Dan next week ada lagi satu kursus selama 2 hari. Tensionnye aku....All the reports and paperwork menimbun atas meja ofis aku.....hehehe....macam yang aku cakap before.....aku sorang je yg bekerja dlm ofis nie......bosannya.....

Kursus bermula pada pukul 9.00 pagi. Macam biasalah.....dimulakan dgn sessi suaikenal....Nasib baik la tutor nie best....kalau tidak tidur lagi la aku....Dalam diam aku membuat penilaian tentang tutor ni.....

" Muka tak hensem....agak tinggi juga orangnye.....tak terlalu selekeh....ermmmm.....macam penjual sayur je!" Aku gelak sendiri....Tapi yang membuat aku respect sangat dengan tutor nie ialah ILMU yg dimilikinya.....memang class!

Tiba masa tuk buat presentation....Masa ni betul2 buat diri aku rasa "kecik" sangat. Ye la....80 - 90% orang2 kat sini adalah Engineer dan Manager.......siapa la aku ini...hanya seorg "supervisor". Tapi aku berbangga kerana company aku menaruh kepercayaan pada aku untuk ini. Dalam pada itu juga, ia membuatkan aku lebih berfikiran positif bila berada dalam lingkungan ini. Ia juga membuatkan aku untuk lebih ber'motivasi' dalam memajukan diri setanding dgn mereka ini.

SAHABAT.....

Jika hari ini aku terlalu gembira.....,
sedarkanlah aku dengan amaran Allah.....

Jika ku bersedih tanpa kata.....,
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta.....

Jika ku lemah tidak berdaya.....,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.....

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.....,
ajaklah aku meleraikan segera.....

Jika pernah hatimu terluka.....,
luahkanlah agar ku berubah.....

Dan...jika esok ku lena tanpa terjaga.....,
iringi lenaku dengan kalungan doa.....

Dan.....
berjanjilah ukhuwah kita untuk selamanya.....

Saturday, August 19, 2006

Sebuah cerita sedih..........

Assalamualaikum......

Aku teremosional masa baca kisah ni..siap aku nangis lg......mmg sedih cite ni..cuba lah korang hayati......Bagi wanita @ isteri2 pasti akan mengalirkan air mata apabila membacanya.Untuk semua lelaki @ suami2........hargailah hati & perasaan seorang yang bernama perempuan @ isteri!

Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak. Hampir1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (DoktorPeribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. iba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirianNisa.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri ."Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergahZakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan- bukan, Nisakan isteri Abang yang sah! tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri."ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap camtu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian air mata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu... dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri"kata Nisa padaZakri."Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30malam - 11.30malam sehingga habis pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja. Terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan padaNisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumahMak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya ,"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan" kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker" marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak- esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe??. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri."Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagi pun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan kecemasan dari Doktor Johari. "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari."Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajakZakri pada Lan."Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil..."Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk memeriksa kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah di tahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang..."SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA!"....."Assalamualaikum. Abang....ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar- benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyakberubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...muka surat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang.......Danial danDania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat atas nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang- kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang...Dania mengikut raut mukaAbang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untukAbang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam.Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa....

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih adaDanial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. "YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa". Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA". Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir. Seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa..... Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya, mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa........ putih bersih. Nisa! Nisa! Nisa nak kemana Nisa.... Nisa! Nisaaaaaa...... Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri! Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjaga mu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah...emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa.......

Thursday, August 17, 2006

~ DEALOVA ~

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
Tanpa mu sepinya merantai hati

Ohhh…
Bayangmu seakan-akan……

Korus

Seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
Ohhh….

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rindu padamu
Ohhh…..

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Selalu ada dan selalu ada
Yang selalu ada dan selalu ada

Minggu yg menyeksakan....

14 August 2006

Pagi lagi aku dah bangun....prepare everything sblm nk gi keje....

Masuk je ofis....bos aku dah start kecoh. Dlm hati...."apa la dia nk pagi2 buta nie". Bosan aku. Dah tu plak, anak buah aku mengadu yg bos marah dia psl perkara yg tak masuk akal. Eeeeiiiii...geramnya aku...

Atas meja....macam report ada. Semua nak kena follow-up....kekadang tu terfikir la jugak...."aku sorang je ke yg keje dlm ofis nie?". Bos aku dok membebel. Ntah pebende yg dia cakap....hehehe...aku buat tak dengar je.

Aku susun sume kertas kt atas meja aku tu....aku terus follow comp. driver gi Sheraton, Penang. Kursus ISO la plak....Harap2 x boring....

Atas bridge....jam la plak....Jam dah pukul sembilan. Lambat lagi kali nie....Member2 sekerja dah mula menguap....At last kami sampai jugak w/pun lewat 15 min....Sampai je kt sana terus boleh makan plak.....Ayooooo...perut dah penuh la....

Kelas pun bermula.......Alamak!!! Tutor nie boring la....Aku dah start menguap. Tiba time wat presentation.....Member2 sekerja langsung tak tahu apa2. Aku jugak....Dengan bangganya aku pun wat la presentation tu dengan jayanya......Boring betul!

Lepas je lunch hour.....lagi la mengantuk. Walaupun aku nie tak kuat makan tapi aku rasa hampir kesemua makanan kat situ....kurang best plak tu.....Tutor tu pun dah perasan aku dok menguap tak henti2....Lantak ko la...Sampai ke petang aku dok menguap....

Balik je ofis.....lagi ku bengang....Bos aku dok menunggu dgn report kat tangan nak suruh aku siapkan.....Yang di atas meja pun aku tak tengok lagi.....Aku tanya bos aku..."U nak saya buat yg mana satu nie?". Muka dia dah berubah. Dia tahu aku dah mula nak naik angin. Apa yg dia terang kat aku, aku jawab ok je....

15 August 2006

Lagi sekali aku datang ofis dlm keadaan bengang dan boring. Bos aku nie...kelam kabut sket. Aku buat tak tahu je......8.15 pagi, aku blah g Penang. Tapi...hari nie aku betul2 letih.....Dlm van aku dok fikir macam mana aku nak atasi hari nie dgn jayanya......Mata yg mengantuk, badan yg letih dan tutor yg boring......

Lepas lunch.....rasa mengatuk nie makin menjadi-jadi.....mata pun dah beransur merah.....Kawan2 dok gelak sakan kat aku....

Balik ofis, aku langsung tak tegur bos aku.....At last, dia tegur aku...."Macam mana dgn course". Aku jawab......"boring!". Terus dia diam.

16 August 2006

Aku belum masuk ofis lagi, bos aku dah sibuk call aku.....bengang betul la!

Aku diam je sepanjang hari. Aku buat apa yg dia nak sambil curi2 chat kat Teratak.....

Masa aku g lunch....bos aku call bgtahu yang dia ada letak list kt meja aku. Dia half day. Bengangnye aku......Boleh dia ambik cuti. Aku tak tahu nak cakap apa lagi......

Aku buat kerja sambil curi2 chat kat Teratak. Petang pulak....Senior Manager panggil aku.
" This Sunday I'll already arrange for the training. I want you to attend the training". Apa nie?
Aku baru cadang nak rest hujung minggu ni. Bengangnye aku.....!!!!!!!!!!!

17 August 2006

Aku masuk ofis dgn muka yg selamba je.....Rupa2nya bos aku tak datang! Rasa aman dunia ni. Tup tup.....h/phone aku berbunyi.....and...bla bla bla.....bos aku bercakap.

Pukul 10 pagi, Visitor's datang. Nasib aku baik coz schedule x formal. So..aku pe lagi.....cilok je la....

Then...aku curi2 masa skodeng kat Teratak....chat jap.....

Sampai sekarang aku dok fikir camne nak sudahkan kerja2 aku. Ahad ni g training. Selasa ngan Rabu ada course lagi. Ahad (27/8) continue lagi training. Ahad (3/9) nnt...Along ada 'public speaking' plak kt kindergarten.....And yang paling penting.....28/8 ada 'management review' meeting. Arrrgggghhhhh........tensionnye....

Wednesday, August 16, 2006

My words............

i love you...
not for what you are...
but...
for what i am...
when...
i am with you...

Monday, August 14, 2006

i don't wanna miss a thing

I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Well, every moment spent with you
Is a moment I treasure

I don't wanna close my eyes
I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I'd still miss you, baby
And I don't wanna miss a thing

Lying close to you
Feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes and thank God we're together
And I just wanna stay with you
In this moment forever, forever and ever

I don't wanna close my eyes
I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I'd still miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
I don't wanna miss one smile
I don't wanna miss one kiss
Well, I just wanna be with you
Right here with you, just like this
I just wanna hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time
Don't wanna close my eyes
Don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
'Cause I'd still miss you, baby
And I don't wanna miss a thing

I don't wanna close my eyes
I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I'd still miss you, baby
And I don't wanna miss a thing

Don't wanna close my eyes
Don't wanna fall asleep, yeah
I don't wanna miss a thing
I don't wanna miss a thing