Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah bahagian dada bukan! Begitu juga ketika melakukan hubungan seks, selain yang di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan rangsangan pada bahagian payudara isterinya. Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. MW kali ini menyenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.
Ukuran berbeza
Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.
Boleh diperbesarkan
Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormone estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.
Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatic payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.
Coli berkawat bahaya
Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser. Sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.
Besar lebih seksi
Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki cuma tertarik pada dada mereka saja dan bukan aspek lain. Bayangkan setiap kali berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah situ saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.
Silikon sebabkan kanser
Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silikon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silikon. Silikon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar x untuk mendapat hasil yang lebih tepat.
Tetap tegang
Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Kekencangan payu dara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi factor utamanya adalah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga anda akan semakin tua bukan! Jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastis apa lagi kalau anda jenis yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.
~ Petikan dari Mingguan Wanita
Thursday, March 19, 2009
Saturday, March 14, 2009
Ayat-Ayat Cinta
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Ketika ku bersujud
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Ketika ku bersujud
Saturday, January 24, 2009
Puisi rinduku...
Mengingat bayangmu yang jauh
Pada waktu yang kian sempit
Dadaku nyaris terbelah
Perih melolong sengit
Rinduku membuncah
Merobek langit
Kutitip puisi rindu
Pada nyanyi angin sendu
Agar hati tak kian pilu
Berharap kau pun rindu
Pada saat kau tertikam rindu
Pejamkanlah matamu
Rasakan detak jantungmu
Karena setiap detaknya adalah rasaku padamu
Dan
Dengan memejamkan matamu
Luahkanlah rindumu
Aku senantiasa ada...menyambut rindumu

Monday, January 19, 2009
19 January 2009
7.45 am ~ Aku paling awal tiba di opis...terus start PC sambil membelek kerja2 yg masih belum kusiapkan. Aku mulakan kerja seawal pg tu dgn mood yg tak menentu. Bosan!
8.30 am ~ Loceng berbunyi menandakan waktu kerja dah bermula. Tgk plak muka boss yg masam mencuka. Maybe...dia still marah hal minggu lepas. Aku terus ngan kerja yg masih belum kusiapkan. Sepatutnya...hari ni dateline aku utk antar report for employee appraisal but still cannot finish coz byk maklumat yg aku belum dapat.
10.00 am ~ Sedar tak sedar...loceng for tea break berbunyi. Baru aku terperasan dah pukul 10 pg. Perut tetiba rasa lapar. Bancuh secawan Milo dan smp ke tghari pun tak habis minum...tak sempat pun nak minum.
11.40 am ~ Perut rasa lapar sesangat dan mula terasa macam tak sedap badan. Telepon makcik kantin minta dia masak maggi. itu pun aku tak habis makan.
14.00 pm ~ Aku mula rasa tak selesa. Rasa diggy.
16.00 pm ~ Aku telan panadol 2 biji. Masih rasa tak selesa. Kerja melambak lg.
17.45 pm ~ Aku ingat nak stay to finish all my report tp tak selesa ngan keadaan diri. Pack barang and terus balik.

Friday, January 16, 2009
Madah Cinta Fantasi
Wahai sayang ku….!
Jikalau disatu hari nanti….
Engkau sedang merasa sedih dan berdukacita
Serulah aku!
Pasti aku akan segera datang disisi mu
Walaupun aku tidak dapat mengembirakan mu ketika itu
Yang pastinya…
Aku akan turut serta berduka menangis bersama2 mu!
Wahai sayang ku….!
Jikalau disatu hari nanti
Engkau ingin lari berpindah ke tempat lain
Serulah aku!
Kerana aku tidak akan menghalang niat mu
Cuma aku….
Ingin juga lari berpindah ke tempat lain bersama2 mu!
Wahai sayang ku….!
Jikalau disatu hari nanti
Engkau lihat lidah ku sudah menjadi bisu dan kelu
Segeralah datang kepada ku
Kerana ketika itu….
Aku sedang didalam kerinduan
Dan sedang tersangat dahaga
Memerlukan diri mu dan kehadiran mu…!

Monday, January 05, 2009
Selamat tinggal 2008...selamat datang 2009
2008...sudah sampai ke penghujungnya. Namun, aku masih termanggu-manggu memikirkan segala macam perkara yang masih belum ku selesaikan. Bermacam-macam persoalan yang bermain di fikiran. Sesak! Rimas! Apakah aku mampu?
Kedatangan 2009 semakin menyesakkan aku. Sesak dengan pelbagai perkara. Aku semakin rimas. Rimas dengan segala-gala. Tak mampu ku luahkan dgn kata-kata. Tak mungkin org memahami dan mengerti. Hanya aku!

Saturday, January 03, 2009
Saturday, December 27, 2008
Indahnya...
...Indahnya perkenalan jika bersulamkan keikhlasan,
moleknya persahabatan andai setia yang dipertaruhkan
dan untungnya bercinta jika kekal selamanya...
moleknya persahabatan andai setia yang dipertaruhkan
dan untungnya bercinta jika kekal selamanya...
Saturday, December 06, 2008
Life is too short to wake up in the morning with regrets,
so love the people who treat you right,
forget about the ones who don't,
and believe that everything happens for a reason.
If you get a chance, take it.
If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy,
they just promised it would be worth it. "

Saturday, November 29, 2008
Sampai syurga...
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Tuesday, August 05, 2008
Cinta...
Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.
Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Thursday, June 12, 2008
Monday, April 21, 2008
Selamat Hari Lahir....21 April 2008
Selamat Hari Lahir Sayang...
Semoga ikatan cinta suci kita
kekal hingga ke akhir hayat
bertemankan permata hati kita
mnyemai benih cinta
menganyam dedaun rindu
bersulam kasih dan sayang
Semoga ikatan cinta suci kita
kekal hingga ke akhir hayat
bertemankan permata hati kita
mnyemai benih cinta
menganyam dedaun rindu
bersulam kasih dan sayang
Tuesday, April 15, 2008
Persahabatan ~ Khalil Gibran
Dan seorang remaja berkata...
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Thursday, January 31, 2008
Makanan Minda
" Apa yang anda fikirkan
menentukan apa yang anda mahu...
Usaha menentukan
apa yang anda perolehi."
Fikirkanlah
menentukan apa yang anda mahu...
Usaha menentukan
apa yang anda perolehi."
Fikirkanlah
Saturday, January 26, 2008
Ariff.....26 Jan 2008
" HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO ARIFF...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...."
Selamat Hari Lahir yg ke-8 buat anakku Muhammad Amir Ariff. Semoga hidupmu akan dipenuhi keberkatan dan berjaya dikemudian hari. Jadilah seorg anak yang soleh. Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanmu.

Sunday, January 20, 2008
Sunday, January 13, 2008
Runsing...
~ Dengan kerja yg semakin menimbun
~ Dengan boss yg semakin 'fussy'
~ Dengan 'downline' yg semakin keras kepala
~ Dengan 'customer' yg semakin byk kerenah
~ Dengan rutin hidup yg semakin byk menghabiskan masa di 'office'
Arrrgggggghhhh....aku runsing!!!!!!!!!

Wednesday, January 09, 2008
Sunday, January 06, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)