Thursday, January 31, 2008

Makanan Minda

" Apa yang anda fikirkan
menentukan apa yang anda mahu...

Usaha menentukan
apa yang anda perolehi."

Fikirkanlah

Saturday, January 26, 2008

Ariff.....26 Jan 2008

" HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO ARIFF...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...."





Selamat Hari Lahir yg ke-8 buat anakku Muhammad Amir Ariff. Semoga hidupmu akan dipenuhi keberkatan dan berjaya dikemudian hari. Jadilah seorg anak yang soleh. Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanmu.

Sunday, January 20, 2008

Sunday, January 13, 2008

Runsing...

~ Dengan kerja yg semakin menimbun
~ Dengan boss yg semakin 'fussy'
~ Dengan 'downline' yg semakin keras kepala
~ Dengan 'customer' yg semakin byk kerenah
~ Dengan rutin hidup yg semakin byk menghabiskan masa di 'office'

Arrrgggggghhhh....aku runsing!!!!!!!!!

Wednesday, January 09, 2008

SALAM MA'AL HIJRAH

SELAMAT MENYAMBUT
MA'AL HIJRAH
1429

10 January 2008

Sunday, January 06, 2008

Friendships



Friday, January 04, 2008

29 December 2007




Majlis perkahwinan adik pada 29 Dec 2007 diantara Razali dan Rosharina. Pengantin perempuan tu merupakan anak ayah yang bongsu.Emmm....lepas ni susah pula la nak merasa masakan dia. Masakan dia memang sedap!



Inilah ayah dan mama ku. Walaupun dia bukan ayah kandung tetapi kami menyayanginya kerana keprihatinan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kami sekeluarga.



Ha...kalau nak tahu...inilah DEALOVA



Ini pula...gambar DEALOVA sekeluarga. Gambar ni sebenarnya di ambil masa Aidilfitri 2007 tempohari. Disebabkan tiada gambar yg diambil semasa kenduri tempohari, maka Dea selitkan gambar ini sebagai tatapan semua.


Thursday, January 03, 2008

Anak-anak ku...



Anakku berdua ni..... memang pandai bergaya kalau nak ambil gambar mereka. Hari ini hari pertama persekolahan. Masing2 excited nak pergi sekolah. Awal pagi lagi dah bangun sampaikan sarapan pun kena paksa makan. Bila dah sampai sekolah je...dah mula tak ingat dunia. Maklumlah dah jumpa kengkawan lama dan baru. Sampaikan kita ada disebelah pun lupa. Hahahahaha...itulah anak2. Yg kelakarnya...sempat lagi berpesan..."ibu...jgn lupa ambil bila habis waktu sekolah". Yang tu...ingat pula dia....

Yang lelaki anakku yg sulung. Muhammad Amir Ariff. Berumur 8 tahun.

Yang perempuan tu anakku yg kedua. Nur Aina Afina. Berumur 6 tahun.



Yang ni...anakku yg ketiga. Muhammad Faris Irfan. Baru berusia 5 bulan. Sekarang dah mula belajar meniarap. Yang dia tahu...tersengih je. Suara tak keluar pun. Apa yang dia tahu hanya minum susu dan lepas tu...lena. Seronok kan jadi baby....minum susu n tido.

Kata - kata Pujangga

*** Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

*** Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.

*** Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

*** Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

*** Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.