Thursday, April 26, 2007

Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong

Hari ini merupakan Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong yang ke-13. Emmm...tentu meriah hari ni kan...maklumlah nak sambut Yang Dipertuan Agong yang baru. Muda lak tu. Moga2 pemerintahan Baginda akan membawa sedikit sebanyak perubahan untuk negara kita.

Sebenarnya...yang tak meriahnya adalah aku. Atau lebih tepat pekerja swasta. Ada ke cuti umum ni untuk pekerja kerajaan saja. Agensi swasta tidak diumumkan sebagai cuti umum. Bengang tul aku. Tapi...ada gak aku dengar beberapa syarikat swasta yang bersama-sama memeriahkan hari ini dgn memberi cuti pada para pekerjanya.

Kelmarin...bermulanya pembukaan GIANT Hypermarket kat tempat aku. Punya la jem gilerrrr...Selalunya aku balik dari tempat kerja cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit saja. Tapi...kelmarin dekat 1/2 jam. Aku pun beria-ia la balik awal nak g mengeteh kat situ...last-last terus balik rumah je...pasal langsung tak boleh nak masuk. Org terlalu ramai hinggakan nak berjalan pun terpaksa menolak orang....hahaha...camana org kat dalam pasaraya tu ye? Malam tadi...anak2 mengamuk sakan. Siap deme bagi information yang pasaraya tu tutup pukul 12 mlm. Bapa dia terangkan pada mereka yang pasaraya tu penuh sesak. Tapi...si anak plak menjawab..."no problem!..esok sekolah cuti"...hahaha..last2...deme tertidur dlm tangisan. Kesian plak rasanya. Mesti mereka teruja sebab kawan2 dok cerita mcm2...sedangkan mereka belum sampai ke situ. Anyway..hari ni kena gak g tengok apa yg ada kat pasaraya tu sebab esok hubby kena g Terengganu seminggu....emmmm...kena tinggal lagi.....

Monday, April 23, 2007

Love, Friendship & Good Advice

Love starts with a smile,
grows with a kiss,
and ends with a tear

Don't cry over anyone who won't cry over you

If love isn't a game, why are there so many players?

Good friends are hard to find,
harder to leave,
and impossible to forget

You can only go as far as you push

Actions speak louder than words

The hardest thing to do is watch the one you love,
love somebody else

Don't let the past hold you back;
you're missing the good stuff

Life's short

If you don't look around
once in a while you might miss it

A BEST FRIEND is like a four leaf clover,
HARD TO FIND and LUCKY TO HAVE

Some people make the world
SPECIAL just by being in it

BEST FRIENDS are the siblings
God forgot to give us

When it hurts to look back,
and you're scared to look ahead,
you can look beside you and your
BEST FRIEND will be there

TRUE FRIENDSHIP NEVER ENDS
Friends are FOREVER

Good friends are like stars....
You don't always see them,
but you know they are always there

Don't frown

You never know who is
falling in love with your smile

What do you do when the only person
who can make you stop crying
is the person who made you cry?

Nobody is perfect until you fall in love with them
Most people walk in and out of your life,
only friends leave footprints in your heart

Everything is okay in the end
If it's not okay, then it's not the end

Thursday, April 19, 2007

Sudah bersediakah anda?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah,
Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Dea : Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan

Thursday, April 05, 2007

checkup...

Kelmarin (04.04.2007)...aku g checkup buat kali keduanya. Biasa la...kalu g klinik kerajaan...lambat! Naik bosan aku menunggunya...Dah tu plak...byk bilik nak kena masuk...check itu la...check ini la. Paling aku tak suka bila time pemeriksaan air kencing dgn darah. Aku ni memang takut dgn jarum. Walau pun hanya perlukan sedikit darah di jari....aku tak pernah tengok macam mana mereka mencucuk jarum tu pada jari aku dan mengambil darahnya. Seram!
Bila tiba waktu pemeriksaan jururawat...aku ditanya bermacam2 soalan. Tapi sumenya aku jawab walau pun sebenarnya ada diantaranya aku menipu. Selepas tu...aku kena rujuk pula pada doktor. Sume soalan yg doktor tu tanya...sama ngan jururawat tadi tanya...
Doktor : "Puan Erma...kenapa ni? Berat badan awak turun? Darah awak pun turun dan tak stabil?"
Aku : "Saya macam biasa la doktor. Makan pun macam biasa..."
Doktor : "Kalu macam biasa...kenapa macam ni?"
Aku : "Betul doktor. Walau pun saya makan sedikit tapi saya makan berulangkali"
Doktor : "Pemeriksaan yang berikut saya mahu tgk ada peningkatan.....bla...bla....."
Dan bermacam-macam lagi la doktor tu dok lecture aku. Pening kepala aku. Siap bagi list segala macam jenis makanan yang aku patut makan. Dah tu plak....aku nye due date tuk bersalin pun dlm pemerhatian doktor. Aku sepatutnya dijadualkan bersalin pada 01.08.2007 tetapi ikut scanning result yang aku wat hari tu....tarikh sebenar aku bersalin adalah 14.08.2007...emmm...2 minggu perbezaannya. Sudahnya aku diletakkan dalam pemerhatian.
Tapi...tak apalah. Aku pun dah ada pengalaman sebelum ini. Cuma aku kena berwaspada selalu. Anyway...doa ku semoga semuanya dipermudahkan dan dilindungi Allah s.w.t. Amin.

Saturday, March 31, 2007

kena tag ngan bayu...

adehhh....ingat ke terlepas dr kena tag...rupanya tidak. aku pun tak tahu nak jawab apa...tapi tak kisah la...harap2 puas hati...

KESIHATAN :
Kalu nak citer ttg kesihatan...rasanya setakat ini memuaskan. Dulu...masa zaman bujang dulu selalu gak kena gastrik. Masa tu dlm penghujung thn 90-an. stay plak kat KL..area Tmn Setiawangsa. Keje kat Setapak. Seiap pagi dan petang kena berkejar kesana sini. Maklumlah kat KL selalu 'jam'. Tapi...sekarang dah tak ada dah. Tak tahu la plak camne leh hilang...

Ermm...lg satu...masalah rabun...Tp...belum di tahap kritikal lg...

FIZIKAL :
Ha...yg ni menarik la jugak. Dulu-dulu...paling berat pun 55 kg saja. Tapi...sekarang...tak tahu nak cakap apa. Dalam waktu berbadan dua ni pun dah mencecah 79 kg..tu masa g check-up bulan lepas. Kalu sape2 pernah jumpa atau pernah tengok gambar Dea...sure suka kot tengok muka Dea yang tembam tu...kalu tak caya tanya Kujie...hehehe...

GAYA HIDUP :
Dea ni seorang yg sederhana je orangnya. Berpadanan dan berpatutan. Tiada apa yg perlu dibanggakan. Macam mana korang kenal Dea...itulah Dea.

PEMAKANAN :
Sebenarnya...tak tahu apa makanan paling disukai...sebabnya...tak kisah apa jenis makanan pun...janji sedap. Cuma...agak kurang pada makanan yang terlalu pedas. Lagipun Dea ni suka mencuba pelbagai jenis makanan. Apatah lg pada makanan yg Dea belum pernah rasa...

SIKAP :
Mudah berkawan tp agak susah pada orang yg belum dikenali. Pernah juga ada kawan2 yang cakap pada mula perkenalan...Dea ni nampak sombong tetapi setelah kenal...memang best. Entah la...apa pula kata anda?

Kadang2 tu...mudah juga naik angin. Apatah lg kalu benda2 remeh pun tak boleh nak setel. Selalunya berlaku di pejabat la. Mudah kasihan pada orang tetapi...selalunya memakan diri sendiri. Hampeh tul!!!

KESALAHAN PALING BESAR :
Memang pernah buat kesalahan. Besar ke kecil kesalahan tu biarlah di antara Dea dengan ALLAH. Semoga tuhan mengampuninya.

hehehe...dah siap jawab dah. Kali ni nak tag :

1. Am
2. Keshi
3. Lia
4. Umie
5. Kiki

Friday, March 30, 2007

penangan dari Kujie....hehehehe

isk..isk..aku betul-betul sakit. nak berjalan pun semacam je...urat2 kaki jadi tegang. memang nak kena Kujie ni...memang sah salah Kujie!!! kalu Kujie menyalahkan Kuden...aku plak nak salahkan Kujie. sapa suruh dia dok cerite tentang kehebatan buah setaq vs gemia tu. tak pasal2 aku ajak hubby g pasar malam (28.03.2007).

kat sini harga sekilo RM5.00...terliur2 aku sementara nak sampai rumah. sampai je kat rumah terus aku sambar 2 biji...basuh dan makan senyap2 kat dapur. ermmm....masam-masam manis rasanya. aku tak berani nak tunjuk kat anak2 sbb waktu tu dah malam.

esoknya...aku ulang makan lg buah setaq tu...sudahnya...nak tidur malam pun tak boleh...sakit urat....sampai ke hari ini pun terasa sakit lg....apa nak buat.....hehehe...

*~~~~~~~~~~
jgn marah r kujie....penangan dr hang jugak...hehehehe....

Tuesday, March 27, 2007

ke..bz..an yang terlampau!

waaaa....aku rasa cam nak menjerit puas-puas....mmg aku betul2 bz minggu ni...mcm2 hal...

aku tak tahu nak buat camna. kekadang rasa mcm nak resign pun ada. sekejap itu...sekejap ini..huh..mcm2 hal..kalu aku nak explain kat sini...sampai esok pun tak habis. mujur juga kebelakangan ini kandungan aku tak banyak kerenah...cuma...rasa penat je...

entah la...bila semua ni akan berakhir...?!

Saturday, March 24, 2007

My ex-boss...

Kali ni aku nak citer sket psl ex-boss aku...
Dulu dia Manager aku...tp...start bln Jan'07 dia bertukar atau ditukarkan ke dept. lain pun aku tak tahu la. Tp...mcm2 citer la aku dengar. So...starting from Jan'07 dia bukan lg 'QA Manager' tp...QMR (Quality Management Representative). Ala...yg dok jaga ISO Doc. tuk company tu la...
Tapi...yang buat aku bengang tu...tak habis2 dia dok kacau dept. aku. Mcm2 hal dia buat. Serba-serbi tak kena. Macam tak nak lepaskan kami je... Ada saja doc. yg dia hendak. Hampeh tul la...
Yang paling best...apa yg berlaku hari Khamis (22.03.2007) tempohari. Dia call aku nye Clerk nak minta "Monthly Report" tuk Jan'07 dan Feb'07. Dlm report tu...Clerk aku tak attach "Monthly Scrap Report" yg aku dok buat bulan2 tu. Aku dah explain kat boss aku kenapa aku tak sempat nak siapkan. Lagipun...2 org lagi Clerk baru aku baru je join aku nye dept. Masih kurang faham tentang selok belok dlm dept. kami. So...dia terus dtg jumpa aku bertanyakan hal ini. Aku pun bagitahu dia yg aku belum siap lagi. Dia macam nak marah aku so...aku terus suruh dia tanyakan pada boss aku. Yang syoknya...boss aku berikan jawapan yg negatif. So...dia pun baran la...
Slps 15 minit...dia call aku nye Clerk suruh g ambil "Monthly Report" tu dari dia. Dia ckp macam2 kat Clerk aku. Clerk aku diam je dan langsung tidak memberikan apa2 jawapan. Terus dia ambil report tu dan bawa pergi jumpa "DMD". Sudahnya...kemenangan bukan berpihak pada dia tapi kepada kami. Sebabnya...tujuan dia pergi jumpa "DMD" tu hanya nak kenakan kami expecially aku punya boss....
Sampai ke petang aku dok tunggu kalau2 dia ada call aku punya Clerk tapi..tiada. Petang tu sebelum balik, bos aku ada bertanya pada aku kalau2 dia ada call dan minta apa-apa. Aku jawab tiada. Dan aku tengok...bos aku tu tersenyum sinis....

Friday, March 23, 2007

RIGHT HERE WAITING ~ RICHARD MARK

Ocean apart day after day and I slowly go insane
I hear your voice on the line but it doesn't stop the pain
If I see you next to never how can we say forever
Whenever you go...
Whatever you do...
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you...
I took for granted all the times
That I thought would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now
Oh can't you see it baby
You've got me goin'crazy
Whenever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
I wonder how we can survive this romance
But in the end if I'm with you I'll take the chance
Oh can't you see it baby you've got me goin crazy
Whenever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
Waiting for you

*~~~~~~~~~~
aku terdengar lagu ini pg tadi semasa dlm perjalan ke pejabat...tetiba kenangan lama terbayang di fikiran..

sibuk...or...bz?

Dah lama tak update blog...rindu pada blog ngan kengkawan menyesakkan fikiran. Tapi...aku memang tak ada masa nak update. Sibuk dgn tugasan pejabat yang semakin menyesakkan mental. Dah tu plak dgn keadaan berbadan dua ini...buat aku sentiasa keletihan. Last aku keluar bersama anak2 adalah semasa Perkampungan Hadhari di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 16 - 18 Mac 2007 tempohari. Itupun sebab hubby terlibat dgn pameran. Kalu tidak...lepak je la kat rumah melayan keletihan. Aku berada di situ dari pukul 5.30 ptg sampai pukul 10.00 mlm. Itupun terpaksa menunggu hubby mengemas brg2 pameran. Tapi...tak apa. Janji anak2 hepi.

Sebenarnya...byk benda yg aku nak cerita dan berkongsi dgn kawan2 dlm blog aku ini. Tapi...kesibukkan aku membataskan semua itu. Sudahnya...cerita2 itu...basi dlm simpanan aku saja. Entahlah...maybe betul kata 'papa'...kita sekarang hidup utk makan. Sama la juga dgn kerja. Sekarang...dah jadi trend...hidup utk kerja...boleh terima tak papa?

Saturday, March 03, 2007

hehehehe......

ermmmm......dlm hati terfikir nak wat sikit pembaharuan. tp......mmg betul la....aku ni bukan pakar IT.....apa yg "sifu" ajar......mudah lupa.....pening aku nengok coding2 ni.....padahal....aku belajor IT dulu.....nak salah sape? aku lulus cukup makan je bhgn ni......C++......hehehe.....yg lain....memang terer.....apatah lg bab2 keusahawanan........first class!

sudahnye.....terbengkalai ler rumah aku ni buat sementara waktu. apatah lagi....dgn keadaan aku berbadan dua ni.....letih memanjang....."sifu" pun dok tegur byk kali......sori ek "sifu"......

nmpk gaya kena la mintak tolong "sifu" lg.......

Tuesday, February 13, 2007

My Cyber Friend

I haven't ever seen you
But...I know you're really there
I click you into reality
Like magic from the air

Your voice is like an angel
Though I really do not hear
Your hug as warm as any
Of loved ones I hold dear

You're always there for comfort
Or a world of cheer
Though you are very far away
I always have you near

You're a very special friend
Like none I've ever known
As long as you're in cyberspace
I'll never be alone

Thursday, December 28, 2006

True love.....

True love.....
can't be explained
and I can't explain my feelings for you!
That's how I know
I'm in love with you.....

Monday, December 25, 2006

Love.....

The signs of Love...
should be as clear
as when you look
into a mirror

And.....
as a image,
come to you
because you're
merely being you...

Saturday, December 23, 2006

Aku dalam kerinduan.....

aku dalam kerinduan.....
pada dia yang semakin menghilang.....

Tuesday, December 05, 2006

Cuti.....adik demam...

Hmmm....hari ini aku cuti lagi.....rasa best dpt lepak kat rumah......

Sebenarnya....anak dara (adik) aku demam. Semalaman aku tak dapat tidur. Dia asyik kejutkan aku cakap nak muntah. Langsung dia tak makan apa-apa pun kelmarin. Bila dia makan je....lepas tu sure g bilik air dan muntah. Sampaikan minum air putih pun muntah. Dia tidur ngan perut kosong semalaman.

Pagi tadi.....hubby balik dari kerja coz mlm tadi hubby shift malam. So....aku ajak dia g hospital. Adik bagitahu dia lapar so aku pun suapkan dia nasi lemak kosong. Lagi sekali....muntahkan juga.

Sampai je kat hospital...org punya ler ramai. Biasa ler....hospital kerajaan...lambat. Adik diam jer. Mmg anak2 ku jenis yang tak banyak buat hal bila tak sihat. Senang nak jaga mereka. Bila tiba turn adik...kami pun masuk ler jumpa doktor tu. Doktor tu pun nampak kalut semacam jer...sampai 2 kali aku bagitahu dia umur anakku. Apa punya doktor!!!!!

Yang paling aku ngan hubby rasa lucu sgt tu masa on the way balik rumah. Masa kat hospital...adik diam jer....Bila tanye apa2...dia wat muka kering jerrr........Masa on the way balik tu......(dalam kereta)....tetiba jer radio on lagu Irwansyah-Pencinta Wanita. Apa lagi.....tersengih-sengih adik goyangkan badan sambil menyanyi lagu tu. So.....aku ngan hubby pun gelak sakan lerrr........Kering jer muka dia kata dia sihat.

Emmm...anak-anak. Kekadang tu letih nak melayan kerenah mereka. Kekadang tu geram gak ngan perangai mereka. Tapi....yang nyata anak2 tu pengubat duka. Lucu bila sesekali mengenangkan perangai mereka. Emmm......anak-anak ku.....

Sunday, December 03, 2006

Ahad 03/12/2006...

Pagi2 lg aku dah bangun......pastu ajak hubby g market. Actually...ari ni hubby keje. So...aku ikut dia ke balai bomba utk punch card first. Lps tu..kami g market.

Cadangnyer nak masak mee lakna ari ni...tapi...bila g market...jumpa laksa beras. Hmmm..tak tahan godaan le aku...So...menu ari ni laksa....

Sambil2 masak laksa....aku kemas dapur. Macam2 aku ubah kat dapur ari ni...biar nmpk kemas dan selesa. Macam nak patah pinggang aku membersihkan dapur ari ni.

Apa pun....kesedapan laksa tuh yg wat aku terlebih rajin kot....Sedap ker?

Tghari hubby balik tuk makan tghari....Memuji sakan nengok bini dia kilatkan dapur. Hehehe...macam nak patah pinggang dia tak tahu. Apa pun...aku nengok...laksa abis 2 mangkuk dia makan. Siap puji2 lagi...

Petang....rasa boring sgt. Tgk jer CC kat umah buka...terus ajak anak2 g sana.
Entah apa nak wat mlm nanti.....tgk Mentor Akhir ler nampaknye....

Tuesday, November 28, 2006

Boring nyerrrrrrrrr........

Nape aku boring sangat malam ni????????

Boringgggggggggggggggggggggg...............

Tensionnyer.....

Hmmmm.....x tahu nak tulis apa....Lama x update blog pun...rasa sunyi gak....
Yang nyata...aku memang tengah tension giler skang nih.....Macam-macam problem dlm kepala nih...Tak tahu nak solve yg mana satu...
Yang paling tension....keje aku ler....berlambak-lambak kat atas meja tu....macam aku sorang jer yang keje kat situ.....
Yang lebih buat aku tension ialah bos aku.....Rasa nak tendang je dia keluar dari company tu.......
Makin tua....makin teruk perilaku dia....ntah terkenan dgn apa pun aku tak tahu.....
Ingat dah ada pengalaman yang banyak....makin boleh solve problem anak buah dia....nie tidak....makin nak hemtam anak buah ada ler....APA PUNYA BOS DA!!!!!!
Bila ada problem jer....terus ajak discuss. Tapi....bila kita discuss ngan dia....x nak dengar cakap kita plak tu....cakap dia gak yg betul.......discuss hape cam tuh? Bila x leh solve....suruh kita bagi idea.....tapi....haram nak ikut....dia gak yang betul....
Yang paling aku geram tu.....bila dept. lain puji apa-apa....dia leh cakap yang idea tu datang dari dia......kering jer muka dia. Tak tahu malu langsung!
Entah la.....rasa cam nak berhenti keje jer......bukan sebab tension kerana kerja yang berlambak tu tapi kerana perangai bos aku.....Anak2 buah pun ramai yang nak blah dari company lepas dapat bonus nanti.....Pening gak kepala aku nanti.....nak kena training plak org baru nanti.
Aku pun doakan...agar bos aku tu berhenti je dari company tu....sbb dah byk kali aku dengar dia nak berhenti. Kalau dia berhenti....aku rasa ramai yang berpuas hati.....entah2 ada yang buat kenduri kot nanti....sbb ramai yang tak sukakan dia.....
Duhai bos......aku bukan benci ko....tapi aku dah tak larat nak layan kerenah ko tu....baik berhenti je la....sebelum sakit jantung tu lebih melarat nanti.
TENSION NYERRRRRRRRRRRRR.............................

Sunday, November 19, 2006

Tersilap hantar sms.......

Last week merupakan hari yang paling sibuk buat ku di tempat kerja. Mana tak sibuk...aku bercuti seminggu kerana mak mertua aku meninggal dunia. So...aku dan hubby ambil keputusan bercuti panjang untuk menemankan bapa mertuaku.

Sebenarnya that week, hubby aku kena pergi kursus teknikal selama 2 hari di Kuala Kubu, Selangor tapi ditunda atas alasan kematian. So...hubby mula start berkursus pada 14hb Nov hingga 16hb Nov. So...hari Selasa dia bertolak ke sana. Memandangkan ekonomi tak mengizinkan saat ini....so sms je la.

Hari Khamis (16hb Nov)...aku agak bz ngan keje. Tapi, pagi tu aku agak ceria. Ceria kerana dapat bersembang ngan sorang kawan yang dah lama tak dengar suara walau pun sekejap. Lepas tu...dia cakap nak tidur....Dia janji nak call sebelah petangnya.

Sebelah petangnya...aku teringat nak hantar sms kat hubby nak bertanyakan pukul berapa dia nak bertolak pulang ke Penang. Setelah beberapa ketika berbalas sms, tiba-tiba aku teringat nak tanya kat hubby nak pastikan dia kena keje tak malam tu sebab malam tu dia keje shift malam. At the same time...teringat juga kat kawan tu yang janji nak call back tapi tak call juga.

Sms tu..." keje tak malam ni... '. Hampir 15 min aku dok menunggu. Dalam hati kenapa hubby aku tak balas-balas sms aku. Dalam dok terfikir nak call dia...tiba-tiba satu sms masuk. " keje...".
Aku pun ok la. Then...tiba-tiba teringat nak tengok 'sender'. So...apa lagi gelak sakan la aku. Aku balas balik sms tu untuk menjelaskannya.

PJ....bukannya berangan. Tapi....sekurang2nya Dea hargai persahabatan kita.

Sampai sekarang...bila aku tengok je phone aku...mesti aku tersenyum teringatkan kenapa aku boleh tersalah hantar sms tu. Tak pernah aku buat kesilapan ini sebelum ini. Nampak sangat kepala tengah berserabut. Nasib baik aku tak tulis apa2 yang pelik. Ishhh...malunya aku.